Pencemaran Elektromagnet

Pencemaran Elektromagnet – Pencemaran Baru Yang Tidak Kita Sedari

MANUSIA dan telefon bimbit tidak dapat dipisahkan. Sekurang-kurangnya mereka yang mampu pasti memiliki seunit gajet tersebut.
Mereka memerlukan telefon bimbit untuk pelbagai kegunaan, khususnya untuk berkomunikasi. Tambahan pula dengan teknologinya yang berkembang pantas, menjadikan ia alat perhubungan utama ketika ini.
Bukan setakat berbual, malah melalui telefon bimbit kita boleh berkongsi gambar dan video serta aplikasi lain. Sebab itu pengeluar alat selular itu berlumba-lumba menampilkan teknologi terkini dalam produk mereka untuk menarik pembeli.
Kadang-kadang di sebalik segala kebaikan dan kemudahan yang ada timbul pula kesan negatif. Begitu juga dengan penggunaan telefon bimbit. Di samping kemudahan yang ditawarkan, ia turut dikatakan mempunyai elemen negatif.